Saturday, May 23, 2009

Bab 3- Fasal 3


Berbakti kepada kedua ibubapa dan menghubungkan silaturrahim

Surah al-Baqarah ayat 85 melarang keras orang beriman dengan sebahagian ayat al-qur'an dan mengingkari sebahagian lain. Maksud yang hampir sama juga disebut dalam ayat 208.

Surah al-Isra ayat 23-24 menyuruh kita menyembah hanya Allah sahaja dan berbakti kepada dua ibubapa dan menyayangi mereka khususnya apabila kedua-duanya telah tua. Ayat 36 surah al-Nisa juga mengaitkan suruhan sembahyang dan berbakti kepada dua ibubapa.

Dalam hadis Muslim pula memberi maksud orang paling berhak untuk kita berbakti ialah ibu kemudian diikuti bapa.

Hadis sahih Bukhari (al-adab) pula menyuruh memuliakan tetamu iaitu menghubungkan silaturrahim. Dalam hadis sahih Muslim pula disuruh menghubungkan silaturrahim sekalipun saudara-saudara atau kaum kerabat melakukan keburukan kepada kita.

Derhaka kepada ibubapa termasuk dosa paling besar dan larangan keras memutuskan silaturahim. Sabda Nabi saw yang bermaksud "Daripada Anas ra katanya, Nabi saw ditanya mengenai dosa-dosa besar, jawab Baginda: Menyegutukan Alah, derhaka kepada dua ibu bapa, membunuh orang dan saksi palsu" (sahih Bukhari: Syahadat).

Dalam hadis lain bermaksud:
Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim (Sahih Bukhari: al-Adab)

Suruhan menunaikan tanggungjawab terhadap isteri (dan kaitan dengan sembahyang)

Ayat yang berkaitan ialah surah al-Tahrim, 66:6, surah Taha, 20:132. Dalam hadis Sunan Abi Daud (a-solat), kita disuruh agar menyuruh anak-anak sembahyang ketika umur 7 tahun dan pukul jika engkar sembahyang ketika umur 10 tahun.